Wilayah Persekutuan - Sejarah Dan Fakta Menarik

by | | Follow me on Twitter
Pada tarikh 1 Februari seperti ramai yang tahu merupakan Hari Wilayah Persekutuan dimana ianya adalah cuti umum buat semua warga Malaysia yang tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena mengingati penubuhan Wilayah Persekutuan. Pada tahun ini, tema yang dipilih adalah 'Wilayah Persekutuan Ceria' dimana pihak pentadbiran berhadap dapat mewujudkan warga kota yang harmoni, prihatin, sejahtera dan maju.

Justeru itu, sempena dengan hari istimewa ini, Khai ingin berkongsi sedikit sejarah penubuhan wilayah persekutuan dan beberapa fakta menarik yang boleh dijadikan sebagai pengetahuan umum.

Wilayah Persekutuan - Sejarah Dan Fakta Menarik
Bendera Wilayah Persekutuan

Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang asalnya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Akhir sekali, pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai anggota ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Fakta Menarik

1. Sungguhpun mempunyai bendera rasmi, namun setiap wilayah mempunyai bendaranya sendiri.
2. Semasa Sukan Malaysia 2006 di Kedah, ketiga-tiga wilayah telah disatukan menjadi satu kontinjen tunggal.
3. Tahun 2014, genaplah 40 tahun usia bagi Bandaraya Kuala Lumpur, 30 tahun bagi Labuan dan 13 tahun bagi Putrajaya.
4. Kuala Lumpur merupakan bandar terbesar dan diiktiraf sebagai satu-satunya bandar raya global di Malaysia.
5. Istilah Putrajaya berasal dari "Putera yang sangat berjaya" atau lebih khusus lagi,"Bumiputra yang telah berjaya menerajui negara Malaysia".
6. Di Putrajaya hanya masjid dan surau sahaja dibenarkan.
7. Perbelanjaan sambutan hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini dikurangkan kepada RM 1.78juta berbanding tahun-tahun lalu iaitu dalam lingkungan RM 5juta ke RM 6juta.

Sejujurnya, Khai rasa sangat teruja setiap kali tiba tanggal 1 Februari kerana dua perkara. Satu adalah kerana hari itu merupakan hari wilayah merangkap cuti umum dan kedua, keesokan harinya pula adalah hari jadi Khai. Double keterujaan. #ThumbUp!
Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk