Review Filem Penanggal (2013)

by | | Follow me on Twitter
Selama dua minggu berehat daripada menulis di BelogKhairul, Khai berkesempatan untuk menonton filem seram tempatan iaitu Penanggal. Serius Khai cakap filem ini lebih baik daripada filem-filem seram yang telah ditayangkan sepanjang tahun 2013.

Review Filem Penanggal (2013)


Filem ini berkisahkan mengenai seorang gadis bernama Murni (lakonan Ummi Nazeera) yang diperturunkan ilmu penanggal oleh neneknya, Mak Ajeng (baca betol-betol, Ajeng bukan Anjing.. hahaha) tanpa rela hati. Murni ditakdirkan melalui kehidupan penuh cabaran dan kesunyian akibat ilmu penanggal yang diwarisinya dan akhirnya berdepan dengan penduduk kampung yang semakin marah dengan kejadian mengerikan yang berlaku tanpa henti. Murni diselamatkan oleh seorang peniaga Arab, Syed Yusof (Azri Iskandar) dan secara tidak sengaja jatuh cinta dengan jejaka itu. Pelbagai cara dilakukan Murni untuk menarik perhatian Syed Yusof. Penduduk kampung pula bersepakat untuk mencari penanggal yang semakin berleluasa dan satu-persatu kebenaran kian terbongkar (*sinopsis di ambil dari Kosmo)

Filem ini mempunyai semua ramuan bagi menjadikannya sebuah filem seram yang baik. Jadi tak perlulah Khai mengulas kelebihan filem ini, tapi lebih baik Khai ulas kelemahan yang Khai rasa ada dalam filem ini. Boleh tak?

Berikut adalah beberapa kelemahan pada pendapat Khai,

1. Filem ini kurang memperlihatkan hantu penanggal secara dekat. Jika ada mungkin akan jadi lebih seram.
2. Ada part pakaian Fasha Sanda agak menjolok mata. Seksi abish. Atas tutup tapi tang dada. Terbeliak mata gak. ( Tak tahu ini kelemahan atau kelebihan??)
3. Secara peribadi Khai kurang paham apabila terdapat dialog yang menggunakan pelat arab nie. Lebih elok jika ada subtitle.
4. Terlalu banyak flashback. Kadang-kadang boleh buat kita keliru.

Seperti Khai beritahu, filem ini menarik untuk ditonton. Jadi Khai berikan filem Penanggal (2013) 5/10!!

Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk