Lagu Ciptaan Khai Warkah Hatinya

by | | Follow me on Twitter
Sebelum mula, Khai nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 buat semua pembaca. Semoga tahun ini menjadi tahun yang baik dan bermakna buat korang semua.

Okay, kembali kepada tajuk. Untuk informasi korang, Khai sebenarnya mempunyai hobi dalam penciptaan lagu. Dan sepanjang itu, pencapaian tertinggi yang Khai dapat adalah sebuah lagu ciptaan Khai telah mendapat perhatian sebuah syarikat rakaman milik M.Nasir iaitu Luncai Emas. #tepuktangansemua.

Sehingga kini lebih 30 lagu telah Khai cipta dan ada diantaranya telah dimuatnaik ke laman Youtube dengan nama KyrulMusic. Alhamdulillah, ada lagu Khai yang mendapat sambutan pendengar dan ada yang tidak. #biasalahtu Dan paling membanggakan adalah lagu yang akan Khai kongsikan di sini iaitu "Warkah Hatinya". Lagu ini telah dimuat-naik ke laman youtube pada tahun 2012 dan sehingga kin telah ditonton lebih 77 ribu kali dan menerima "like" sebanyak 77 kali. 

Jadi Khai harap korang boleh memberikan pendapat korang mengenai lagu ini, tidak kiralah positif atau negatif. Dan satu lagi, jika boleh janganlah komen tentang vokal sebab Khai tahu tak sedap. #LOL. 


Lirik:

kuterima warkah darimu
Telah kubaca dan kumengerti
Apa terbuku di hati itu
Selama ini.

Maafkan diriku kasih
Tidak kusedari kumenyakiti
Sehinggakanmu sudah tak mampu
Bertahan lagi..

Andai aku sedari
takku ulangi menyakitimu

Kau pergi tanpa kusedar
Hanya sekeping warkah kau tinggal
Sebagai tanda luahan rasa
kepadaku

Maafkan diriku ini
Membuatkanmu memendam hati
kekecewaan yang kau rasai
tika bersama..

Andai kau bersuara
Pasti kusedar kesilapanku

Selama ini baru kutahu
ku tak mengerti akan dirimu
Maafkan aku kernaku tak mampu
membahgiakanmu seperti janjiku
kepadamu dulu..

[solo]

Selama ini baru kutahu
ku tak mengerti akan dirimu
Maafkan aku kernaku tak mampu
membahgiakanmu seperti janjiku
kepadamu dulu.. 2x

Maafkanlah aku kernaku tak mampu
membahgiakanmu seperti janjiku

-akhir-
kuterima warkah darimu
telah kubaca dan kumengerti
kekecewaan yang kau rasai
selama ini. oh

Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk