Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

by | | Follow me on Twitter
Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia?
Layak ke untuk Khai join? Sebenarnya, tidak salah pun jika orang baru seperti Khai untuk join kontes seperti ini. Lagi pun ilmu yang ada akan lebih berguna jika dikongsikan bersama-sama. Tidak begitu?

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia


Okay, kembali semula kepada tajuk. Selaku orang baru dalam blogging, masalah utama yang Khai hadapi adalah penerimaan trafik yang agak sedikit. Sebagai contoh, BelogKhairul (yang kini berusia 2 bulan) sendiri hanya menerima purata bawah 50 pelawat unik dalam sehari. Kadang-kala tak sampai 10 pun. Sedih bukan? Namun itulah realiti buat blogger baru. Jadi bagaimana untuk meningkatkan trafik yang menyedihkan ini? Berikut adalah beberapa cara yang Khai sedang usahakan.

1.Utamakan Search Engine Optimization (SEO)


Apa itu SEO?

Secara ringkasnya, mengikut apa yang Khai faham SEO merupakan cara atau teknik untuk menempatkan blog kita dalam kedudukkan yang baik dalam laman enjin pencarian seperti Google, Yahoo atau pun Bing. Secara logiknya, semakin baik kedudukan itu semakin banyaklah trafik yang bakal diterima. Hal ini dinamakan "Trafik Organik".

Jadi mengapa trafik organik ini dianggap penting?

Bab ini Khai rasa lebih elok jika sifu HasrulHassan sendiri terangkan dalam artikel beliau yang bertajuk “SEO (Search Engine Optimization) Memang Memeningkan”.

Untuk pengetahuan anda, dalam usaha inilah, Khai cuba menerapkan pelbagai teknik SEO yang telah Khai pelajari dengan bersumberkan Google dalam template blog ini. Kita lihat bagaimana keputusannya nanti. Tunggu ya!

2.Jadikan template anda mesra smartphone dan tablet.


Menurut akhbar Harian Metro, statistik pada akhir Jun 2013, menunjukkan peningkatan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100%, yang kini terdapat 42.6 juta langganan. Ini menunjukkan semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan internet melalui telefon pintar dan selaku blogger, kita perlu mengambil peluang ini. Bagaimana? Mudah saja! Jadikan blog kita mesra smartphone dan tablet.

Dalam Blogger.com, terdapat fungsi mobile web yang boleh anda gunakan secara percuma. Namun jika anda serius ingin menaikkan trafik, Khai syorkan anda mempunyai template yang responsif. Bukan apa, bagi pendapat Khai template di sana adalah kurang mesra SEO dan design’nya kurang menarik.

Ingin memiliki template responsif?

Usah risau, terdapat banyak template responsive percuma dan menarik di Google. Buat pilihan anda sendiri.

Ingin belajar mengenai responsif?

Rujuk saja, Willyseo, W3function, HasrulHassan dan banyak lagi tutorial berbahasa melayu di luar sana. Jika anda punyai soalan mengenai ini, usah malu bertanya dengan Khai. InsyaAllah Khai akan cuba membantu.

3. Miliki Entri Mesra Media Sosial


Pada masa ini, banyak laman media sosial yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan dan ada diantaranya mampu menarik ramai pengguna menggunakannya. Sebagai contoh, Facebook yang sudah memiliki lebih 1 billion pengguna diseluruh dunia. Jadi pengaruh media sosial tidak boleh diabaikan terutama oleh blogger baru seperti Khai kerana bagi Khai, cara termudah untuk meningkatkan trafik adalah dengan perkongsian entri di media sosial. Mengapa? Jika seseorang itu berkongsikan entri anda di akaun media sosial mereka maka entri itu akan diperlihat oleh semua rakan mereka di dalam akaun tersebut. Ini menambah lagi kebarangkalian untuk menjadi trafik ke blog anda. Cuba pula bayangkan jika entri anda di tweet/retweet oleh seorang artis yang mempunyai 100,000 peminat di Twitter. Apa akan berlaku??

Namun persoalannya sekarang adalah bagaimana untuk membuatkan entri kita mesra media sosial?

1) Permudahkan pembaca untuk mengkongsikan entri anda.

Anda harus bijak mengatur butang perkongsian di blog anda supaya memudahkan pembaca untuk berkongsikan entri anda. Sebaiknya diletakkan dibawah entri anda dan mempunyai minimum sebaris ayat “Call-to-Action”. Sebagai contoh, “Adakah entri ini berguna buat anda? Sila kongsikan kepada semua”.

Jika anda masih belum miliki sebarang butang perkongsian di blog, anda boleh dapatkannya di Addthis atau ShareThis secara percuma. Pemasangannya juga mudah.

2) Kandungan entri mestilah menarik, berinfomasi dan berguna.

Pernah dengar ayat “Content is king”? Bagaimana anda mahu entri anda dikongsikan jika kandungan entri itu sendiri lemah. Maksud Khai entri itu kurang menarik, kurang berinformasi dan tidak menjawab persoalan yang pembaca perlukan. Jadi ambillah masa untuk menulis sesebuah entri. Khai sendiri sedang cuba menjadikannya satu tabiat. Maklumlah sebelum ini sekadar menulis untuk memperbanyakkan jumlah entri sahaja.

3) Explotasikan isu panas.

Peka. Anda harus peka dengan sebarang isu yang mungkin mampu menarik perhatian ramai. Jika kena pada tempatnya, kebarangkalian untuk entri anda dikongsikan di laman media sosial amatlah besar. Pastikan isu tersebut diolah agar bersesuaian dengan niche blog anda. Sebagai contoh isu minyak naik. Niche anda pula berkaitan parenting. Jadi anda perlu kaitkan isu tersebut dengan niche anda. Contoh “Minyak Naik Punca Kualiti Masa Keluarga Bertambah”. Namun perlu ada guideline agar entri tersebut tidak melampaui batas. Takut nanti kelak kita sendiri yang susah.

Akhir sekali, diharap apa yang Khai kongsikan diatas bermanfaat buat anda terutama mereka yang baru berjinak-jinak dengan blogging seperi Khai. Apa yang Khai tulis merupakan pemahaman Khai yang tidak seberapa mengenai topik ini. Jika terdapat salah sana-sini, diharap anda dapat menegur Khai supaya kita bersama-sama dapat mempelajari sesuatu. Satu lagi, Khai berharap anda sudi berkongsi entri ini agar semua dapat memanfaatnya bersama. Terima Kasih.

--------------------------------------------


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 2 comments... read them below or add one }

  1. terima kasih diatas perkongsian.datang dari senarai peserta segmen ilmu blogspot. done follow anda, salam ukhwah, salam perkenalan, dari : MyCherita

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga.. dah follow balik.. TQ

      Delete

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk