3 Filem Paling Tak Best 2013

by | | Follow me on Twitter
Melangkah tahun baru 2014, rasanya ada eloknya Khai selaku peminat filem tempatan menyenaraikan beberapa buah filem yang gagal menambat hati Khai sepanjang tahun lalu. Senarai ini sepenuhnya dibuat mengikut pendapat peribadi. Jadi korang mungkin tidak sependapat dengan Khai.

3 Filem Paling Tak Best 2013
Jadi jom kita terjah senarai 3 Filem Paling Tak Best 2013.

3 Filem Paling Tak Best 2013 - Tokak

1) Tokak
Filem ini boleh dilabelkan sebagai filem syok sendiri. Dengan bajet sebanyak RM1.5 juta, rasanya sudah cukup untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Lihat saja filem KIL sebagai contoh. Namun, bukan itu yang berlaku pada filem Tokak apabila filem ini gagal memberikan impak kepada penonton. Serius! Khai menyesal gila menonton filem ini. Mujur ada Lana Nordin buat penyejuk mata. Hahahah!!

3 Filem Paling Tak Best 2013 - Oh Mak Kau

2) Oh Mak Kau (OMK)
Kecewa! Khai cukup kecewa dengan filem ini. Biarpun menampilkan Jep dan Shuib (Sepahtu), namun filem ini gagal menarik perhatian Khai sepenuhnya kerana skripnya yang lemah. Pendek kata, terlalu bercelaru. Pening ar! Susah gila otak Khai nak hadam apa yang diceritakan dalam filem ini. Selain itu, sudah-sudahlah adegan gangster apa bagai ni, Khai rasa dah lapok kot. Tolonglah fikirkan idea lain yang lebih fresh! Boleh?

3 Filem Paling Tak Best 2013 - Malam Penuh Bermisteri

3) Malam Penuh Bermisteri.
Sesungguhnya Khai tertipu dengan filem ini. Disebabkan kerana ayat "berdasarkan kisah benar", Khai pergi menonton filem ini dengan harapan yang tinggi. Namun semuanya punah setelah menontonnya kerana perghhh!! filem ini teruk. Serius layak jadi telefilem saja. Skripnya yang tidak diolah dengan baik dan kualiti lakonan yang tidak memuaskan membunuh filem ini sepenuhnya. Sedih tau!!

------------------------

Khai berharap tahun 2014 akan membuka lembaran baru dalam industri perfileman tempatan dengan peningkatan tayangan filem-filem yang bermutu. Cuba terapkan fomula "win-win situation" agar penerbit dapat buat duit manakala penonton pula tak lah menyesal membeli tiket. Betul tak?

Apa pendapat korang, filem tempatan 2013 mana yang paling tak best pernah ditonton?
Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk