Selamat Pengantin Baru Rizal Dan Siti

by | | Follow me on Twitter
Pada hari sabtu lalu (14/12), merupakan hari paling bermakna buat Khai sekeluarga kerana secara sahnya menerima ahli baru dalam keluarga kecil kami. Adik Khai, Siti telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya yang bernama Shahrizal. Selamat pengantin baru buat mereka.
Selamat Pengantin Baru Rizal Dan Siti


Majlis yang bermula jam 10.30 pagi itu berlangsung dengan upacara akad nikah sebelum majlis makan dan berakhir pada pukul 4 petang. Alhamdulillah, majlis itu berlangsung dengan lancarnya tanpa ada sebarang masalah.

Selamat Pengantin Baru Rizal Dan Siti - Gambar Keluarga
(atas) Gambar keluarga belah ayah - (bawah) Gambar keluarga belah ibu

Apa yang Khai kagum adalah hampir semua persiapan majlis disiapkan oleh adik Khai sendiri, ini termasuklah bunga mangar, bunga telur dan pelbagai lagi persiapan majlis. Kiranya adik Khai ni indipendent habislah!! Sehinggakan pada sehari sebelum majlis berlangsung pun, adik dan tunangnya turut bersama-sama dengan kami menyusun atur meja, kerusi dan pelbagai lagi. TumbsUp!!

Akhir sekali, Khai berdoa agar perkahwinan adik dan Rizal ini akan berkekalan sehingga ke anak cucu. Dan semoga mereka akan sentiasa bahagia hendakNya.

Amin!

Selamat Pengantin Baru Rizal Dan Siti - Gambar Rizal Dan Siti
Mohd Shahrizal dan Siti Nurhidayah - 14/12/2013

Sekali lagi, Selamat pengantin baru adik!!
Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk