Review Filem: Hantu Tok Mudim (2013)

by | | Follow me on Twitter
Sebenarnya sudah lama Khai ingin menonton filem komedi seram, Hantu Tok Mudim sejak menonton trailer filem ini di Youtube beberapa minggu lalu. Dan hari ini, barulah Khai berkesempatan untuk menontonnya. Jadi harapan Khai agak tinggi untuk filem ini.

Review Filem: Hantu Tok Mudim (2013)


Filem Hantu Tok Mudim berkisahkan mengenai sebuah kampung yang di serang oleh hantu yang dipercayai oleh semua orang kampung sebagai roh Tok Mudim. Mengapa roh Tok Mudim menyerang orang kampung? Yang itu korang kena tontonnya sendiri. Kalau cerita nanti tak best pulak masa korang tonton nanti.

Secara umumnya filem ini menghiburkan dan adalah beberapa scene yang buat Khai tergelak besar terutama apabila melibatkan watak Lebai Kulup lakonan Soffi Jikan. Yang lain hanya cuma biasa-biasa saja. Apa yang buat Khai rasa tak syok adalah apabila banyak lawak "double meaning" yang digunakan dalam filem ini. Khai rasa tak perlu kot! Banyak lagi modal lain yang boleh digunakan. Betul tak?

Jika dibandingkan filem Hantu Tok Mudim dengan Hantu Tok Chai, Khai akan memilih filem Hantu Tok Chai kerana ianya lebih menghiburkan tetapi filem Hantu Tok Mudim tidaklah mengecewakan sangat. 

Jadi berapakah markah untuk filem Hantu Tok Mudim? 4/10!!

Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 1 comments... read them below or add one }

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk