Filem: Captain Phillips (2013)

by | | Follow me on Twitter
Bayangkan korang bertugas sebagai seorang kapten sebuah kapal kargo yang sedang melalui perairan antarabangsa yang kerap menerima ancaman daripada lanun. Bagaimana jika kapal korang itu telah menjadi sasaran mereka. Apa yang akan korang buat?

Filem: Captain Phillips (2013)


Itulah persoalan yang cuba dijawab oleh filem terbaru lakonan pelakon terkenal Tom Hanks iaitu "Captain Phillips". Filem yang berdasarkan kisah benar ini mengisahkan mengenai kapten Richard Phillips (Tom Hanks) dan satu rampasan kapal oleh sekumpulan lanun dari Somalia. Rampasan kapal kargo Amerika, MV Maersk Alabama yang berlaku pada tahun 2009 itu merupakan kali pertama sejak 200 tahun.

Apa yang menarik mengenai filem ini?

Jika korang beranggapan bahawa filem ini akan mengangkat watak kapten Phillips seperti watak Chris Vaughn (lakonan The Rock dalam filem Walking Tall) maka korang silap. Filem ini memperlihatkan betapa tenangnya kapten Phillips selaku kapten kapal dan orang awam menangani ancaman lanun sebelum, semasa dan selepas kapal bawah kendaliannya di rampas. Biarpun perjalanan filem ini agak pelahan,tetapi Khai tidak merasa bosan kerana terdapat beberapa adegan yang mendebarkan.

Jika korang seorang yang meminati 100% filem aksi maka filem ini bukanlah untuk korang kerana agak kurang adegan aksinya. Tetapi Khai serius cakap filem ini menarik dan berbaloi untuk menontonnya.

Filem "Captain Phillips" ini membuka mata Khai terhadap seriusnya ancaman lanun. Terima kasih buat TLDM kerana menjaga perairan kita ini dengan selamatnya.

Jadi berapakah bintang yang Khai nak bagi untuk filem Captain Phillips (2013)?? 7/10!!

Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk