Petua: Mencuci Buah Pinggang Kaedah Semula Jadi

by | | Follow me on Twitter
Tanpa disedari sudah 28 tahun buah pinggang Khai beroperasi untuk menapis darah bagi mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan ini melalui pemakanan, minuman dan pelbagai lagi. Pastinya selama itulah, bahan-bahan tersebut tersisa dan mula berkumpul sehingga boleh mendatangkan pelbagai masalah di kemudian hari. Oleh kerana itulah, penjagaan buah pinggang amatlah perlu dan salah satu caranya adalah dengan mencuci buah pinggang.

Bagaimana?

Sudah tentulah bukan menggunakan serbuk pencuci baju. LOL! 


Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan tetapi Khai nak kongsikan satu petua / kaedah semula jadi iaitu dengan meminum air rebusan daun parsli / ketumbar. Mudah dan murah!



Caranya.

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan bahan-bahan lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

-via Carigold


Buah pinggang merupakan salah satu organ terpenting dalam badan kita yang slalu kita abaikan. Khai percaya ramai di luar sana sangat menjaga kecantikan dan kesihatan luaran terutama wajah sehinggakan sanggup berhabis beribu wang hanya untuk dipandang cantik. Namun sebenarnya kecantikan dalaman tubuh juga sama pentingnya dan kesedaran itulah perlu diterapkan.

.....Jangan sampai kesedaran itu tiba disaat sudah terlewat!
Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk