Pengalaman Digari Semasa Cuti Sekolah

by | | Follow me on Twitter
Esok bermulalah hari yang dinantikan oleh semua budak sekolah iaitu cuti sekolah. Yeah! Sejujurnya aku masih teruja bila tiba musim cuti sekolah nie kerana banyak pengalaman yang aku timba sepanjang cuti sekolah nie.

Pengalaman Digari Semasa Cuti Sekolah


Bercakap mengenai pengalaman cuti sekolah, aku nak kongsikan pengalaman aku digari semasa cuti sekolah dulu. Waktu tu aku dalam tingkatan 4 dan awal-awal lagi aku dah fikir macam mana nak cari duit. Maklum la bila dah besar nie nafsu pon jadi besar. Banyak benda aku nak beli. Tapi keluarga aku bukannya kaya. Jadi terpaksalah mencari jalan lain tuk dapatkan duit.

Nak dijadikan cerita, jiran sebelah rumah aku (nama betul tak ingat, tapi aku panggil Uncle Lim je) bertanya kat ayah aku kalau kenal sesiapa yang nak cari kerja. Dia tgh cari pekerja part-time untuk kilang dia kat area Kepong. Gaji pon agak lumayan beb! Lebih RM1000 gak sebab kerja tu ada kaitan dengan bahan kimia. Bila ayah aku bercerita dengan ibu, aku terdengar dan tanpa buang masa aku cakap yang aku nak kerja. Walaupun pada awalnya ayah keberatan namun akhirnya bersetuju selepas aku membodek ibu untuk pujuk dia. (tewasnya lelaki kerana wanita..hahaha)

Maka bermulalah pengalaman aku bekerja dengan Uncle Lim nie. Seminggu aku bekerja, aku dapati Uncle Lim nie mesra orangnya dan yang penting dia tahu batas orang Melayu maksud aku bab makanan dan solat.

Apa kerja aku time tu?

Kerja aku mudah jer. Aku bersama seorang lagi pekerja bernama, Uncle Ang; yang dah kerja lebih 7 tahun kerja dengan Uncle Lim akan pergi dari satu ke satu kedai foto menaiki lori. Kami mengambil bahan kimia daripada sisa pencucian foto. Setiap hari hampir 30 kedai foto kami pergi. Kemudian kami balik ke kilang dan menuang tong sisa tersebut ke dalam satu takungan untuk di proses. Bau tak payah cakap la, busuk gila.

Mesti korang tertanya diproses sebagai apa? 

Aku pernah tanya Uncle Lim mengenai itu, dia jawab di proses untuk dijadikan satu bahan yang bernilai. Katanya lagi, tidak ramai orang di Malaysia yang buat benda nie dan nilainya boleh mencecah RM 200k untuk bersaiz sebiji guli. Kagum bukan? Sampai sekarang aku tak tahu apa bahan tu dan kegunaannya. Kalau korang tahu, beritahu aku yer.

Setelah 2 minggu kerja, aku dah selesa dan seronok kerja kat situ. Namun ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan batu di tengah hari. Semasa syok aku buat kerja tiba-tiba kilang tu kena serbu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Terkejut gak aku time tu sampai terkaku jap. Sebab semuanya berlaku dengan pantas.

Rupanya Uncle Lim tidak ada lesen untuk memproses bahan kimia tu. Aku dan Uncle Ang digari dan disuruh mencangkung di luar kilang. Malu beb! Tapi nak tak nak kena buat gak. Pastu ada seorang pegawai datang dan tanya aku.

Pegawai JAS: Bak IC. Dah berapa lama kerja?
Aku: Baru 2 minggu lebih. Kerja part-time jer, Encik.
Pegawai JAS: Ok. Kau tahu bahan kimia itu bahaya? Baunya saja boleh buat kau sakit kanser. 
(Terkejut aku.. dah la aku kerja tak pakai penutup hidung)
Aku: Yeke, Encik? Tauke kilang tak beritahu saya pun.
Pegawai JAS: Betul la, buat apa saya nak tipu. (sambil bagi balik IC aku balik.)

Pastu dia tanya Uncle Ang pula.

Pegawai JAS: Berapa lama kerja?
Uncle Ang: Baru start hari ni, tuan. (Baru start?? .. terkejut aku)

Selepas itu, ada seorang lagi pegawai JAS datang dan suruh aku ikut dia. Aku pun bangun dan ikut. Kami berhenti kat takungan sisa foto dan dia suruh aku lakonkan semula bagaimana cara aku tuang bahan kimia tu. Really?!! Aku buat saja la. Mula-mula aku angkat tong kosong yang berhampiran. Dia tegur dan suruh aku ambil tong yang penuh sisa foto tu. Aku pun ambil dan tunjuk cara aku tuang bahan tu. Tiba-tiba, bercahaya terang di muka aku. Rupanya dia tangkap gambar. Tak sangka plak aku. Aku tanya kenapa ambil gambar. Dia jawab sebagai bukti. (Boleh ke mcm tu??)

Hampir 1 jam gak aku dan Uncle Ang mencangkung di luar kilang. Tiba-tiba Uncle Lim datang bersama seorang pegawai JAS, dia hulur duit kat kami dan suruh kami balik rumah sendiri sementara pegawai tu bukakan gari di tangan. Tanpa buang masa kami pun beredar. Aku terus telefon rumah menggunakan telefon awam. Mujur Ayah aku boleh datang ambil. Kalau tidak, tak tahulah macam mana. Sementara mengunggu ayah datang, difikiran aku ketika itu hanyalah memikirkan gaji yang mungkin aku takkan dapat. Sedih tau sbb dah kerja lebih 2 minggu!

Itulah salah satu pengalaman aku semasa cuti sekolah yang tak boleh aku lupakan sampai bila-bila. Niat nak cari duit tetapi dapat gari. Haha.

.....Nasib badan.

------------------------------

Ohya.. korang mesti nak tahu apa yang terjadi kepada Uncle Lim selepas kes di serbu Jabatan Alam Sekitar, bukan?

Apa yang aku tahu, kilang Uncle Lim disita dan Uncle Lim sendiri di saman oleh JAS kerana memproses bahan berbahaya tanpa lesen. Tak tahu berapa jumlah yang di saman, mungkin beribu kot. Mengenai gaji pula,

Jeng.. jeng.. jeng..

Gaji aku dibayar! Walaupun hanya separuh. Tapi oklah dari tak ada langsung. betul tak? Tq Uncle Lim!!
Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk