Kronologi: Entri Pertama Aku

by | | Follow me on Twitter
Sebenarnya ini bukanlah entri yang aku nak sebagai entri pertama aku dalam belog ini. Tapi akibat tiada idea, aku kongsikan saja kronologi bagaimana usaha aku menulis entri pertama ini sehingga akhirnya tak tulis apa-apa pun.



-----------------------

Jam 9.30 mlm

Dah lebih 30 minit aku menghadap monitor pc sambil berbekalkan secawan air milo panas. Mata dah mula rasa pedih tapi satu benda pon aku tak tahu nak tulis apa dalam entri pertama aku nie. Bila tulis jer tak sampai 4-5 ayat, aku delete sbb rasa mcm tak best je. Nampaknya itu jelah rutin aku selama 30 minit tadi. Tulis - Delete. Tulis - Delete. (...korang repeat la berapa kali korang nak)


Jam 9.50 mlm

"Arghhh! Susah sangatkah untuk aku menulis sesuatu yang menarik sebagai pengenalan blog ini???!!!"
 - monolog dalaman nie. (..korang jgn ambik kesah sgt)



Jam 10.10 mlm

Masih mencari idea nak tulis apa. Dah surf kat google apa bagai tapi masih gagal. Semasa surf tadi, banyak juga lah blog otai-otai sudah aku terjah. Apa yang aku dapati, da juga otai yang menghadapi masalah mencari idea semasa menulis entri pertama mereka. Maklumlah otai dulunya pon newbie gak. 

So, bukan aku sorang je lah mcm nie. (..da perasaan gembira sedikit ketika nie) 

....Hehehe


Jam 10.35 mlm

Masih cekal mencari idea. Tapi kesabaran pula makin hampir menyusut. Terpaksa la minta bantuan En.Penguin untuk berikan motivasi kepada aku..
Tqvm En.Penguin. ( ^__^ )


Jam 12.00 mlm

Serius aku dah give up! Mata aku dah pedih, di tambah pula dengan tahap mengantuk yang kronik. Dah straight 3 jam lebih aku mengadap monitor nie. Sudah tak mampu lagi nak fikir atau tulis apa-apa..

NAK TIDO.... 


-----------------------

Jadi sampai disinilah usaha aku untuk menulis entri pertama dalam belog nie. Ada jer belog yang tak ada entri pengenalan. Jadi bangun tido sok aku buat keputusan sama ada nak berusaha tuk tulis sekali lagi atau biarkan saja bergitu. Cuma aku terfikir selepas 10 tahun, apakah perasaan aku ketika itu apabila membaca entri pertama blog nie???
Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 2 comments... read them below or add one }

  1. Boleh tahan lah tu, kurang² nak tulis entry pertama jadi macam tu.. Aku tiap² kali nak tulis entri macam tu, lagi pasrah.. Bukan ko dah lame tulis blog ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro.. rasanya aku pun sama mcm bro gak.. tapi tgk idea juga la..
      kalo da laju jer tulis. huhuhu..

      Delete

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk