Keputusan Final AF2013: Faizul Juara.

by | | Follow me on Twitter
Akhirnya AF2013 menutup tirainya semalam dengan Faizul ditabalkan sebagai juara terbaru Akademi Fantasia. Tahniah buat Faizul dan juga pengundi kerana membuat pilihan yang baik. Tepuk untuk diri anda sendiri.

Keputusan Final AF2013: Faizul Juara.

Walaupun pada jangkaan awal Khai, persaingan merebut title 'juara' adalah diantara Azheal dan Nabila (merujuk pada peratusan undian) namun ternyata itu tersasar apabila Faizul memenanginya dengan peratusan undi 23.85% meninggalkan Azheal di tempat kedua dengan 21.85% dan Nabila di tempat ke-empat dengan 11.23%. Mungkin ianya satu keputusan yang mengejutkan tetapi tidak menghairankan kerana Faizul sememangnya layak.

Selain itu, diantara semua sinle lagu pelajar AF2013, Khai amat menyukai lagu Faizul iaitu "Sepasang Sayap". Pertama kali Khai dengar lagu nie adalah semasa final semalam dan terus tertarik dengan lirik dan melodinya. Selain itu, vokal Faizul pun amat sesuai menyanyikan lagu ini. Tahniah buat Amir Johari kerana mencipta lagu yang best! Sekali dengar dah tertarik

Bak kata Edry, kejayaan Faizul ibarat satu penamat yang baik dalam sebuah filem dimana pada awal kemuncullannya kelihatan agak goyah dan sering menerima kritikan yang pedas namun berkat usahanya setiap minggu Faizul memeperlihatkan peningkatan. Dan akhirnya menjadi juara dikala tidak ramai yang menyangka. ~ Kalau ada sesiapa nak buat filem ini, pastinya Khai diantara penontonnya. #ThumbUp!

Sekali lagi, Tahniah buat Faizul kerana menjadi juara AF2013!!

-----------------------------

Keputusan penuh final AF2013

Faizul AF2013 (23.85%)
Azheal AF2013 (21.85%)
Amira AF2013 (19%)
Indah AF2013 (14.73%)
Nabila AF2013 (11.23%)
Aisyah AF2013 (9.71%)
Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk