Filem: Mr.Go (2013)

by | | Follow me on Twitter
Baru tadi, Khai habis menonton sebuah filem Korea bertajuk Mr.Go bersama isirumah. Serius filem ini the best! Berkisahkan mengenai seekor Gorilla yang di kenali sebagai Mr.Go (...mungkin singkatan nama Mr.Gorilla kot) yang merupakan pemain besbal. Ya! Pemain besbal. Jangan teperanjat plak ye.

Mr.Go (2013)

Filem ini bermula dengan berkisarkan mengenai keakraban Ling Ling (nama sebenar Mr.Go) dengan seorang gadis cilik bernama WeiWei (Josie Xu - anak Stephen Chow dalam filem CJ7) yang juga merupakan cucu kepada pemilik sarkas. Di sarkas itulah Ling Ling diajar untuk memukul bola besbal oleh datuk WeiWei yang juga merupakan peminat sukan itu.

Walaubagaimanapun semuanya bertambah buruk apabila datuknya meninggal dunia akibat gempar bumi di Sichuan (China) pada tahun 2008. Ini menyebabkan WeiWei terpaksa mengambil alih tugas datuknya sebagai pemilik dan terpaksa menanggung hutang yang banyak.

Namun kemahiran LingLing telah dihidu oleh seorang agen pencarian bakat, Sung Choong-soo yang berasal daripada Korea. Melihat ini mampu menjanakan wang yang banyak, Sung Choong-soo telah memujuk WeiWei untuk datang ke Korea dan menyertai sebuah kelab besbal dengan bayaran yang lumayan. WeiWei bersetuju bagi menyelesaikan hutang datuknya.

Apa yang berlaku selepas itu?

...Tu korang kena tonton sendiri la ye (^__^)Y

Mr.Go Screenshot
WeiWei dan Mr.Go semasa perlawanan besbal

Apa yang Khai kagum adalah CGI'nya yang nampak realistik walaupun untuk sebuah filem yang bukan keluaran Hollywood. Jika tidak diperhatikan secara terperinci pasti korang akan menyangka Mr.Go itu adalah seekor Gorilla yang sebenar.

Jadi berapakah bintang yang Khai nak bagi untuk filem Mr.Go (2013)?? Sudah pasti 7/10!!

Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk