Filem: Eerie Romance (Spellbound) (2011)

by | | Follow me on Twitter
1-2 minggu nie Khai amat sibuk sekali dengan urusan keluarga maklumlah adik Khai akan kahwin bulan 12 nanti. (abangnya lambat lagi.. Huhu) Namun dalam kesibukkan itu, sempat juga Khai meluangkan masa untuk menonton sebuah filem Korea (~korea lagi!!!) yang menarik. Mungkin ada di antara korang pernah menontonnya kerana ianya sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 2011.

Filem: Eerie Romance (Spellbound) (2011)


Apa yang menarik mengenai filem ini?

Eerie Romance merupakan sebuah filem cinta yang unik kerana menyelitkan unsur supernatural dan seram di dalamnya. Filem ini berkisahkan mengenai seorang ahli silapmata, Jo-Goo yang telah jatuh cinta dengan Yeo-Ri, seorang gadis yang boleh melihat hantu. Sejak remaja lagi, Yeo-Ri telah mengasingkan diri dan hidup bersendirian kerana ada roh jahat yang akan mencederakan sesiapa saja yang rapat dengannya. Jadi bagaimana kisah percintaan mereka akan berakhir? Dan apakah rahsia disebalik kehadiran roh jahat tersebut?

Yang itu korang kena tonton sendiri ye.

Sejak menonton beberapa filem Korea yang bertemakan cinta seperti Windstruck, My Sassy Girl, My Mighty Princess dan banyak lagi sepanjang beberapa tahun lalu, Khai kini tiada rasa was-was untuk menonton filem bertema sebegini kerana semuanya tidak pernah lagi mengecewakan Khai. Dan kepada mereka yang belum tonton filem ini, pergi tonton. Khai yakin anda akan terhibur.

Jadi berapakah bintang yang Khai nak bagi untuk filem Eerie Romance (Spellbound) (2011)?? 6/10!!

Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk