Ephyra Idaman Saya

by | | Follow me on Twitter
Jika dulu bila Khai melihat banner produk kesihatan / kecantikkan seperti di atas pasti terlintas difikiran Khai bahawa ianya hanyalah satu marketing strategy semata-mata dan selalunya produk tersebut cuma indah dari khabar sahaja. Justeru itulah yang membuatkan Khai menjadi kurang yakin untuk mencubanya. Walaubagaimana pun, sejak akhir-akhir ini produk Ephyra mula mendapat perhatian Khai kerana ramai rakan-rakan blogger berkongsi pengalaman mereka menggunakan produk ini. Dan majoritinya memberikan review yang baik. Namun seperti biasa, Khai masih ragu-ragu lagi.

Ephyra Idaman Saya


Semalam ibarat pucuk dicita ulam mendatang, apabila Khai mendapat tahu saudara Eyriqazz mengadakan peraduan "Ephyra Idaman Saya" dan tanpa membuang masa Khai terus nak join, mana tahu ada rezeki berjaya terpilih. Bolehlah Khai mencuba produk Ephyra itu sendiri dan mengikis keraguan yang ada.

Apakah yang menarik perhatian Khai mengenai Ephyra?

Firstly, Khai terpaksa akui kepada semua bahawa Khai seorang yang susah sangat telan pil. Nak telan panadol pon kena pecah-pecahkan dulu. (Jangan gelak tau!). Jadi produk Ephyra ini di datangkan dalam bentuk serbuk maka ianya amat..amat..amat sesuai untuk orang macam Khai nie.

Selain itu, gabungan ramuan semulajadi yang digunakan dalam Ephyra juga menarik perhatian Khai. Maklumlah apabila melibatkan pemakanan ni, kita kenalah berjaga-jaga sikit. Mengikut rakan blogger Cholateyes, Ephyra mengandungi kolagen dan 8 bahan semulajadi seperti Acai Berry, Acacia Gum, L-Glutathione, Astanxanthin, Acerolla Cherr, Marigold Flower, Tomato Powder dan Superberry. Jadi tiadalah kesan sampingan berbanding produk berasaskan bahan bukan semulajadi. Selamat!

Ketiga, produk kolagen Ephyra juga amat berbeza dengan produk-produk kolagen lain diluar sana dimana perbezaan ini jelas dikongsikan oleh rakan blogger Ctliyana86 melalui jadual dibawah. Selepas melihat jadual dibawah, produk mana pilihan anda? Logiknya Ephyra, bukan?!

Kelebihan Ephyra

Lastly, produk Ephyra ini sudah terbukti Halal oleh JAKIM dan disahkan selamat oleh KMM untuk digunakan. Jadi tak perlulah Khai was-was untuk menggunakannya berbanding produk lain yang belum tentu halal dan selamat. Logik jugak nie!

Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa Khai berminat untuk mencuba produk Ephyra ni tetapi Khai fikir lebih baik simpan saja dulu mana tahu terpilih nanti baru boleh cerita banyak lagi bersama pengalaman yang Khai ada nanti. ~ nampak permainan yang Khai cuba main di sini, saudara Eyriqazz? Hehehe.


Jadi patutkah Khai dipilih?

Yang tu hanya saudara Eyriqazz dan Oceanlife2u.com yang boleh tentukan. Khai redha jer


-----------------------

Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.com dan ditaja oleh OceanLife2u.com. 
Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 4 comments... read them below or add one }

  1. Good luck untuk contest ini ye :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah, anda antara 7 pemenang saguhati http://www.eyriqazz.com/2013/11/senarai-pemenang-contest-ephyra-idaman-saya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Tak sangka menang walaupun saguhati. : )

      Terima kasih bro Eyriqazz

      Delete

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk