Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

by | | Follow me on Twitter
Khai terpanggil untuk menyertai segmen yang dianjurkan oleh saudara Hasrul Hassan dalam usaha untuk menyuarakan bantahan mengenai mewujudan laman web AshleyMadision di rantau asia tenggara ini terutama di negara yang majoritinya beragama Islam seperti negara kita ini.
Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com
AshleyMadison merupakan sebuah laman web yang diasaskan di Kanada dan dikenali kerana mempromosikan aktiviti penzinaan. Versi tempatan laman web ini bakal dilancarkan di Singapura pada 17 November 2013 biarpun mendapat bantahan ramai termasuk penguatkuasa undang-undang di Singapura. Menurut laporan akhbar The Straits Times pula, AshleyMadison akan disediakan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, manakala versi Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu akan menyusul kemudian.

Khai sememangnya membantah kewujudan laman web seperti ini kerana jelas bertentangan dengan agama Islam lagipun aktiviti penzinaan pemangkin keruntuhan akhlak. Jadi Khai berharap lebih ramai blogger Malaysia diluar sana bersama-sama menyuarakan bantahan terhadap pelancaran AshleyMadision.

Janganlah menganggap perkara ini remeh kerana
....tidak ambil tahu itu ibarat membenarkan sahaja itu berlaku!


--------------------------

Untuk menyertai segmen ini sila ke Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com untuk keterangan lanjut.

Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk