Wajib Dibaca Sebagai Pembuka Minda

by | | Follow me on Twitter
Blog: Senarai Wajib Dibaca Sebagai Pembuka Minda | BelogKhairul - Dalam zaman maya ini, apa saja yang kita ingin tahu mengenai sesuatu topik ataupun mempelajari sesuatu yang baru, boleh dilakukan semudah menaip sahaja di laman Google. Ini berlaku apabila banyak perkongsian info atau maklumat di dalam website atau blog sama ada peribadi ataupun komersial. Jadi kali ini, Khai ingin berkongsi beberapa blog yang Khai sendiri selalu jengah dan baca. Blog-blog ini menarik kerana berkongsi topik yang membuka minda dan membuat kita berfikir sejenak.

Blog: Senarai Wajib Dibaca Sebagai Pembuka Minda


1) Mazidulakmal.com
Siapa tidak kenal saudara Mazidul Akmal, seorang wartawan penyiaran TV3 khususnya program Majalah 3. Sepanjang pengalaman Khai, blog ini melaporkan isu-isu terkini dan membongkar isu baru yang kontroversi dan panas. Buat mereka yang berminat untuk mengetahui realiti di Malaysia, blog Mazidulakmal.com adalah untuk korang.

2) Untold Histories Of Malaya
Serius blog ini awesome!! Banyak topik yang dikupaskan di sini, Khai yakin ramai yang tidak diketahuinya termasuklah orang yang menulis nie. Bagi mereka yang berminat dengan sejarah dan merupakan kelahiran Johor, maka blog ini amat sesuai dengan korang kerana banyak juga entri berkaitan dengan sejarah negari Johor. ~ Khai orang KL..huhuhu

3) Dajjal: Raja Konspirasi Dunia
Blog ini ditulis oleh penulis buku konspirasi popular iaitu Ibnuyaacob. Buku tulisannya 'Rahsia Simbol Yahudi' mencecah jualan lebih 40 ribu naskah. Hebat! Isu utama yang dikupaskan di dalam blog ini adalah berkaitan dengan Dajjal. Sesungguhnya, pengkongsiannya amat membuka mata.

4) Military Of Malaysia
Jika mencari mengenai isu atau maklumat mengenai ketenteraan negaraa, Khai syorkan blog ini sebagai salah satu rujukan pembacaan anda. Blog ini bukan hanya berkongsi mengenai teknologi ketenteraan terkini tetapi juga berkongsi mengenai sejarah yang ada kaitan dengan ketenteraan. Anda pasti terbuka mata apabila membaca entri dalam blog ini kerana ada topik yang tidak pernah kita ketahui.

Di atas adalah blog yang Khai selalu jenguk dan dikongsikan kepada korang. Jika korang mempunyai blog lain yang membuka minda seperti mana di atas, rajin-rajinlah kongsikan kat sini ye!. Tq.
Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 2 comments... read them below or add one }

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk