Azheal Diserap Masuk AF2013 Final. Dirancang?

by | | Follow me on Twitter
Pastinya ramai yang sudah tahu mengenai keputusan AF Masuk. Ya! Azheal menepati ramalan ramai termasuk aku sendiri apabila diumumkan oleh inspirer Dato' Siti Nurhaliza secara langsung dalam program hiburan MeleTop pada selasa lalu.

Azheal Diserap Masuk AF2013 Final. Dirancang?

Tahniah buat Azheal!

Namun bukan itu yang aku ingin perkatakan. Sejujurnya selaku seorang peminat hiburan tempatan, aku merasakan agak kurang selesa dengan apa yang berlaku pada minggu separuh akhir lalu. Sewaktu Azheal telah diumumkan tersingkir, jauh difikiran aku terdetik pasti AF Masuk akan diwujudkan. Dan ternyata aku betul! Apabila pada keesokan harinya, di program AFBuzz, Zizan mengumumkan bahawa AF Masuk diwujudkan di atas permintaan pengundi.

Semua ini membuatkan aku terfikir sama ada kemungkinan penyingkiran Azheal telah dirancang. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan aku. Tapi aku tidak dapat menyingkirkan kemungkinan itu.

.....Mungkin tidak!

.....Mungkin juga Ya! 

.....Jika ya, mengapa? 

Terdapat pelbagai persoalan yang bermain di fikiran aku sekarang dan persoalan inilah yang membuat aku sangsi.

1) Bagaimana Azheal boleh terkeluar sedangkan selama ini keputusan undian Azheal amatlah baik? Please jangan cakap kerana orang ramai yang tidak mengundi mereka. Azheal antara peserta yang popular kot! ~ mungkinkah kerana itulah sebab mereka disingkirkan supaya boleh AF Masuk diwujudkan??? Jelas sekali keputusannya pasti memihak kepada Azheal. Pengiraan mudah!! (Terbukti dengan statistik dibawah)

2) Mengapa perlu adakan AF Masuk sedangkan sepanjang AF2013 berlangsung pada malam separuh akhir itu asyik menegaskan hanya 5 pelajar sahaja yang akan ke final. Apakah logiknya itu? ~ Mungkinkah kerana Azheal yang tersingkir???

3) Jika seandainya pelajar lain yang berjaya dalam AF Masuk. Adakah pelajar tersebut akan mempunyai singlenya sendiri dan adakah terdapat cukup masa untuk pelajar itu menghafal, merakam single dan membuat muzik video, selain terpaksa membuat persediaan untuk final. ~ sedangkan pelajar lain sudah menyiapkan semua itu sebelum konsert separuh akhir lagi.

4) Siapa yang untung daripada AF Masuk ini?? Pelajar yang tersingkir, Peminat, Penonton atau Penganjur?? ~ Tepuk dada tanya selera!

Aku menulis perkara ini bukan kerana aku irihati atau busuk hati terhadap Azheal yang berjaya diserap masuk ke final AF2013. Jika diikutkan aku juga turut tidak percaya apabila Azheal diumum tersingkir kerana bagi aku Azheal di antara pelajar yang layak untuk ke final. Namun aku benar-benar kecewa apabila aku terfikir kemungkinan "permainan undian" telah berlaku. Jika benar, apalah ertinya pembaharuan yang dicanang-canang jika masih bermain dengan undian penonton??

Anyway, aku berharap Azheal berjaya di Final!!

--------------------------

Statistik carta undian AF MASUK Akademi Fantasia 2013 
#azhaelaf2013 : 91% 
#nonaaf2013 : 6% 
#suhadaaf2013 : 2% 
#irmisaaf2013 : 1% 
#imanaf2013 : 1% 
#saniaf2013 : 0.5% 
#darrenaf2013 : 0.1%


Share the knowledge by click Tweet this!, Plus It! or Share It!

{ 6 comments... read them below or add one }

  1. Aku pun terpikir benda yg sama, macam dah rancang nk keluarkan sapa, wujudkan AFmasuk yg konfem2 dh tau sapa yg akan masuk.. Well planned drama, good money in return..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Dah macam wrestling WWE plak AF nie. Drama lebih.

      ...tapi wrestling xpakai undi.

      Delete
  2. astro cme nk untg je..da basi la idea nie..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patotnya ada AF Keluar. Mesti untung lebih..

      Delete
  3. undian masuk tu untuk dapat untung lebih...puikkk!!!! yang xpatut masuk final suara macam itik pun masuk, overall AF kali ni amat memalukan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kalau 100% berdasarkan undi penonton.

      Diharap AF2014 (kalo da agi la) menerapkan undi juri. 30% pon dah cukup.

      Delete

 
Copyright © 2014. BelogKhairul - Blogger Designed by Kyrul | SeriusBlogger
laman ping busuk